About Us

Pertubuhan Pembela Mangsa Kemalangan Industri (PPMKI) adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No Pendaftaran: PPM-002-14-25052018). Pertubuhan ini disokong oleh barisan pakar industri dan peguam yang mahir dengan perundangan Tort (Kecuaian) dan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dengan beberapa objektif iaitu :
  1. Mencari jalan penyelesaian dalam membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan ditempat kerja.
  2. Memberi khidmat nasihat kepada ahli keluarga berkaitan undang-undang dan peraturan industri dan tindakan yang perlu diambil.
  3. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak mereka sebagai pekerja mengikut perundangan OSH.
  4. Menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan seperti PERKESO, JKKP, CIDB dan persatuan pengamal kesihatan dalam mengurangkan statistik kemalangan industri di Malaysia.
  5. Menganjur kursus dan program berkaitan pencegahan kemalangan ditempat kerja dan pentingnya siasatan kemalangan industri oleh pihak ketiga (3rd party) dalam meningkatkan kesedaran budaya kerja selamat di Malaysia.
  6. Membantu pihak berkuasa memberi kesedaran dalam usaha ‘Peraturan Kendiri’ (Self-Regulation) kepada semua industri di Malaysia.
  7. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan dihormati dalam menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan industri.

Kami menawarkan khidmat nasihat secara percuma kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja. Perkhidmatan kami termasuk memberi nasihat dalam menuntut pampasan yang sewajarnya di atas kecederaan yang dialami dan mengambil tindakan undang-undang kepada syarikat/pihak berkaitan.
Untuk sebarang bantuan, pihak kami boleh dihubungi di alamat email salam.ppmki@gmail.com atau di talian 03 - 9107 5697.